Profil

pixfooter

Almuhtadin.com dimiliki oleh Ustaz Hj Noor Effendi bin Hamid yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah pada tahun (2002-2006). Sebelum itu pada tahun 2000 selepas pulang dari pengajian tahfiz dan ilmu hadis di Pakistan (1992-1999) beliau bersama ibubapanya iaitu Haji Hamid bin Haji Samad dan Hajah Awiah bt Haji Awi telah mengasas Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN) di Kesang Laut, Muar (Ledang), Johor. Selain itu beliau juga mengendalikan Pusat Rawatan Islam Al-Muhtadin dan Tadika Pintar Al-Muhtadin (2012-kini). Sebelum ini beliau pernah dikenali dengan website beliau noehas.com yang kini sudah berpindah ke almuhtadin.com. Beliau pernah menjadi penulis di majalah i selain dari aktif menjawab soalan-soalan Agama di beberapa forum. Beliau juga pernah menjadi imam nombor 1 di Masjid Fuji, Jepun. Kini beliau aktif berdakwah di dalam dan luar negara. Beliau boleh dihubungi melalui email almuhtadin77@gmail.com.

Laman web madrasah:

logo-web-annuur