ADAB BERMUSAFIR MENGIKUT ISLAM

0
588

hujjaj

Tuan Denaihati yang akan bermusafir pada hari ini untuk melaksanakan ibadat haji meminta Noehas menerangkan tentang adab bermusafir mengikut Islam. Antara tanda terima kasih Noehas kepada Tuan Denaihati yang sponsor Noehas menunaikan haji pada tahun ini dengan menggunakan pakej zam-zam maka Noehas tunaikan hajat beliau dengan menulis entri ini. Adab bermusafir di entri ini lebih kepada musafir untuk melaksanakan haji dan umrah.

A) ADAB SEBELUM BERANGKAT

1. Bertaubat dari semua dosa samada dosa dengan Allah atau makhluk.

2. Meminta maaf dari sesiapa orang yang berkaitan khasnya ibubapa, isteri, anak dan kaum keluarga terdekat.

3. Melunaskan hutang atau memberitahu pemberi hutang. Sebaik-baiknya minta izin darinya.

4. Mengembalikan amanah atau mengaturkannya.

5. Berwasiat. Ianya menjadi wajib jika ada hak-hak yang mesti diselesaikan jika berlaku kematian seperti hutang piutang.

6. Memastikan biaya yang cukup untuk perjalanan pergi dan pulang.

7. Pastikan biaya yang cukup untuk tangguan bawahan yang ditinggalkan.

8. Bersedekah sebelum bergerak kerana sedekah menjauhkan bala bencana.

9. Solat hajat minta bantuan Allah.

10. Ziarah alim ulama untuk dapatkan nasihat dan tunjuk ajar.

11. Berwuduk dengan wuduk yang sempurna.

B) ADAB SEMASA BERTOLAK

1. Bersalaman dengan orang yang melepaskan pemergian sambil membaca doa:

أَسْتَوْدِعُكُمُ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ

Kemudian orang yang ditinggalkan menjawab dengan doa:

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ، وَأَمَانَتَكَ، وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَيَسَّرَ لَكَ الخَيْرَ حَيْثُ ما كُنْتَ

2. Keluar rumah dengan kaki kanan jika menuju ke tempat baik.

3. Baca doa keluar rumah:

بِسْمِ اللَّهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلَاَ حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ  إِلاَّ بِاللَّهِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّأَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ

4. Mulai pakai kasut guna kaki kanan dengan bacaan bismillah.

5. Makruh bermusafir bersendirian. Sekurang-kurangnya dua orang. Hadis memerintah supaya dilantik seorang ketua rombongan.

6. Menaiki kenderaan dengan kaki kanan sambil membaca bismillah.

7. Duduk dengan membaca alhamdulillah.

8. Baca doa menaiki kenderaan:

بِسْمِ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ للَّهِ سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي؛ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

9. Baca doa musafir perjalanan jauh:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى  رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا  هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَليفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

10. Memperbanyakkan zikir samada qalbi, lisan atau fikiran.

11. Bertakbir dengan ucapan Allahu akbar ketika mendaki. Bertasbih dengan ucapan subhanallah ketika menurun. Bertahmid iaitu aengan ucapan alhamdulillah jika mendatar.

12. Jika dah sampai ke negeri atau kampung  yang hendak dituju baca doa:

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظْلَلْنَ، وَرَبَّ الأَرَضِينَ السَّبْعِ وَمَاأَقْلَلْنَ، وَرَبَّ الشَّياطِينِ وَمَا أَضْلَلْنَ، وَرَبَّ الرِّيَاحِ وَمَا ذَرَيْنَ، أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ الْقَرْيَةِ، وَخَيْرَ أَهْلِهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ أَهْلِهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا

13. Jika singgah di mana-mana atau setelah rgampai ke destinasi maka baca doa:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

14. Suka membantu sesama musafir. Jika ada dapat bantuan atau kebaikan dari sesiapa maka ucapkanlah jazakallahu khaira.

15. Jika ada apa-apa kesusahan boleh baca doa:

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

16. Jika ada berlaku perkara yang tidak disukai atau apa yang dirancang tidak berlaku maka bacalah:

قَدَرُ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ

17. Jika nampak sebarang musibah menimpa seseorang seperti kemalangan maka bacalah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلاَكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً

18. Jika ada orang memberi sesuatu seperti duit, pakaian, makanan dan lain-lain ucapkanlah:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ

19. Sekiranya ada perasaan gelisah dengan nasib buruk yang mungkin mendatang maka bacalah:

اللَّهُمَّ لاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُكَ، وَلاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ

20. Perbanyakkan doa-doa kebaikan kerana doa orang musafir adalah antara doa-doa yang diterima Allah, apatah lagi perjalanan menuju haji.

LEAVE A REPLY