AlQuran Percuma di Madinah Munawwarah

0
554

 

Sempena musim umrah telah bermula dengan rancak, kalau pergi KLIA penuh dengan jemaah umrah yang ingin berangkat dan yang baru pulang, Noehas memaparkan semula entri ini untuk kebaikan bersama…..

Tulisan ini Noehas coret di dalam Masjid Nabawi. Bumi perjuangan ini tidak pernah menjemukan sesiapa walaupun setelah berpuluh kali didatangi. Ini juga posting pertama yang ditulis menggunakan smartphone. Mudah juga guna HTC ONE X ni.

Rupanya, masih ramai yang belum tahu di dalam Masjid Nabawi ada tempat agihan Alquran secara percuma untuk diwakafkan di masjid, surau, madrasah atau sekolah di tempat anda. Bukan 1 naskhah yang diberi tetapi sekurang-kurangnya 10 naskhah Alquran.

Ziarah pada kali ini Noehas dapat 10 kotak iaitu 100 naskhah Alquran. Berat juga nak bawa balik ke Malaysia tetapi alhamdulillah pada kali ini Noehas bersama keluarga dan juga ada sahabat-sahabat seperti tuan denaihati.com  yang sedia bantu bawa. Kalau nak beli 100 naskhah Alquran tu RM4000 juga harganya. Tetapi 100 naskhah tu memang rezeki pelajar-pelajar Madrasah An-Nuur, Kesang Laut.

Syarat mohon Alquran waqaf ialah hanya perlu bawa surat dari masjid atau institusi yang hendak diwakafkan Alquran. Surat permohonan tersebut buat secara ringkas tetapi mesti ada cop institusi tersebut. Boleh tulis dalam bahasa Arab atau apa-apa bahasa lain cuma kalau dalam bahasa Arab lebih mudah dilayan. Jika anda ingin guna khidmat Noehas untuk tulis surat permohonan guna bahasa Arab boleh emailkan hajat anda ke noehas@gmail.com, Noehas akan tolong anda secara percuma, hanya minta doakan kejayaan untuk Noehas di dunia dan akhirat.

Waktu operasi hanya antara jam 9 hingga 11 pagi waktu Madinah, pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Tempatnya ialah di dalam Masjid Nabawi, kawasan solat lelaki, di arah belakang, berdekatan dengan pintu Badar, lupa pula apa nombor pintunya.

Selain itu, perseorangan pun boleh dapat Alquran percuma tetapi bukan di dalam Masjid Nabawi, ia boleh didapati di Pusat Percetakan Alquran Malik Fahad di Madinah juga. Tetapi bukan semua travel agensi umrah yang bawa jemaahnya ke situ.

Semoga Alquran yang diusahakan untuk diwaqafkan akan menjadi asbab kejayaan dan bertambahnya saham akhirat untuk mereka yang membawanya dari Madinah hingga ke institusi agama di tempat masing-masing.

LEAVE A REPLY