AMALAN HITAMKAN RAMBUT JAUHI UBAN

5
2135

Dengan tajuk di atas apa tanggapan antum (korang) tentang entri kali ini? Nak bincang tentang hukum hitamkan rambut atau nak turunkan amalan tertentu untuk jauhi rambut dan apa sahaja jenis bulu dari uban? InsyaAllah Almuhtadin akan kongsikan kedua-dua perkara tersebut iaitu hukum menghitamkan rambut dan amalan dari Nabi saw yang boleh membantu menjauhkan diri dari uban. Bukan kerana uban tidak bagus tetapi sekadar berkongsi amalan yang Almuhtadin jumpa dari sebuah kitab hadis yang mungkin boleh membantu mereka yang memerlukan.

Berkaitan dengan hukum menghitamkan rambut, ada dua perbincangan penting di dalam tajuk ini. Yang pertama ialah hukum yang disepakati ulama dalam hal ini. Ada dua perkara yang disepakati oleh mereka iaitu jika menghitamkan rambut untuk pergi berperang supaya musuh lebih takut melihat tentera-tentera yang muda dan gah maka ia dibenarkan. Yang kedua pula jika seseorang menghitamkan rambutnya atas tujuan menipu atau mengelirukan contohnya menghitamkan rambut untuk mengelirukan pihak pasangan yang hendak dinikahi; perbuatan sebegini hukumnya haram. Ini dua keadaan yang hukumnya disepakati oleh para ulama.

Perbincangan yang kedua ialah selain dari dua keadaan yang disepakati tersebut hukumnya diperselihkan di kalangan ulama. Mazhab Maliki dan Hanbali menghukumnya sebagai makruh iaitu dilarang tetapi tidak sampai ke tahap haram. Mazhab Hanafi pula ada dua pendapat antara makruh harus iaitu dibenarkan. Dalam mazhab Syafi’ie juga ada dua pendapat iaitu haram dan makruh tetapi pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi’ie ialah makruh. Selain itu ada juga ulama yang mengharamkan untuk lelaki tetapi mengharuskan bagi perempuan dan sebaliknya.

Melalui perbincangan hujah dan dalil dari pelbagai pendapat tersebut menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan makruh menghitamkan rambut adalah pendapat yang lebih kuat. Perlu diingatkan, perbincangan ini hanya tentang menghitamkan rambut, sedangkan menginai rambut atau janggut dengan warna perang dan merah inai adalah dibenarkan tanpa sebarang masalah. Begitu juga perlu diingatkan bahawa hukum mewarnakan rambut atau janggut yang dibincangkan di oleh para ulama ialah mewarnakan dengan alat-alat dan bahan yang halal dan tidak menghalang air dari membasahi rambut, jika pewarna yang digunakan menghalang air dari membasahi rambut kerana ada bahan yang menyelaputi rambut makan hukumnya tetap haram walau dengan apa warna sekali pun.

Baiklah, pada perenggan terakhir ini Almuhtadin akan turunkan amalan untuk sentiasa nampak muda, segak dan tidak beruban. Seorang sahabat Nabi saw yang bernama ‘Amru bin Akhtab Al-Ansari r.hu meriwayatkan bahawa beliau pernah membawa air minuman untuk Nabi saw dan di dalam minuman tersebut ada sehelai rambut lalu beliau mengambil rambut tersebut kemudian menghulurkan air tersebut kepada Nabi saw lalu Baginda mendoakan untuk ‘Amru “Allahumma jammilhu wa adim jamaalahu” (yang bermaksud Ya Allah cantikkanlah beliau dan kekalkanlah kecantikan beliau). Beberapa anak murid kepada ‘Amru berkata hinggalah umur ‘Amru hampir 100 tahun tidak ada uban di rambut dan janggut ‘Amru. Bahkan sebelum Baginda mendokan ‘Amru rambut beliau banyak uban tetapi selepas peristiwa tersebut rambut beliau menjadi hitam hinggalah ke tua. (Sila rujuk hadis ini dalam kitab Sahih Ibn Hibban, Dalailun Nubuwwah, Majma’uz Zawaaid, Alfutuhat Arrabbaniyyah dan Assohih AlMusnad) Dalam bahasa Arab doa tersebut ditulis begini “اللهم جمله وأدم جماله” tetapi untuk amalan sendiri boleh tukar kata gantinama kepada “اللهم جملني وأدم جمالي” yang bermaksud ya Allah cantikkanlah aku dan kekalkanlah kecantikanku. JANGAN SALAH GUNA KECANTIKAN DAN KETAMPANAN. JANGAN SOMBONG DAN JANGAN MENUNJUK.

5 COMMENTS

  1. Assalammualaikum ustaz
    Saya agak tertarik dengan inti doa ini. Beramal dengan amalan doa nabi. Mohon ustaz berikan info pada saya tentang doa ni martabat hadith ni kemudian dari segi dalam kitab sohih ibnu hibban no. Hadith berapa…atau no. Hadith berapa dalam kitab-kitab lain…kemudian bagaimana dhomir tu pulak sekiranya untuk diri sendiri…mohon ustaz tuliskan untuk saya dalam rumi…kemudian cara guna dia….serta mohon ustaz ijazahkan pada saya….sekian, semoga Allah berikan taufiq dan hidayah pada kita semua. Terima kasih ustaz

  2. Assalammualaikum Ustaz, selama ni saya selalu mewarnakan rambut saya kerana hendak menutupi uban yg begitu ketara berbandingkan umur saya.Saya amat menghargai jika Ustaz dapat membantu saya dng mengajar cara yg betul utk mengamalkan doa utk menghitamkan rambut.Saya rasa bersyukur terjumpa ruangan ini.Saya menunggu maklum balas dari Ustaz.Terima kasih.

LEAVE A REPLY