AMALAN TENANG JIWA

0
689

Amalan tenang jiwa adalah antara amalan yang selalu ditanyakan kepada Noehas mungkin kerana ramai yang menghadapi masalah murung, resah, gelisah, sedih, tidak tentu arah dan yang semakna dengannya. Noehas rasa terpanggil untuk dikongsikan bersama ilmu yang boleh membantu dalam memberi ketenangan jiwa. Noehas akan petik dari beberapa ayat Al-Quran, kemudian hadis dan akhir sekali dari amalan para ulama.

Ada beberapa ayat Al-Quran yang dinamakan oleh para ulama (antaranya ialah Syekh Ibn Al-Qayyim) sebagai ayat sakinah iaitu ayat-ayat yang boleh dijadikan sebagai amalan tenang jiwa. Antara ayat-ayat tersebut ialah;

Surah Al Baqarah, ayat 248

Al Baqarah ayat 248

 

Surah Taubah, ayat 26

Taubah ayat 26

 

Surah Taubah, ayat 40

Surah Taubah ayat 40

Surah Al Fath, ayat 4-5

Surah Al Fath ayat 4

Surah Al Fath ayat 5

Surah Al Fath, ayat 18

Surah Al Fath ayat 18

Surah Al Fath, ayat 26

Surah Al Fath ayat 26

Adapun amalan tenang jiwa dari hadis-hadis Nabi Muhammad SAW amatlah banyak, antaranya ialah:

doa1

Sesiapa yang membacanya ketika sedih pasti Allah akan hilangkan

kesedihannya dan digantikan dengan kelapangan (Hadith : diriwayatkan Ibn Mas’ud R.A)

doa2

Sesiapa yang membacanya, maka Allah akan jauhkan dari kemurungan, kesedihan, kelemahan sifat malas, kedekut, penakut, hutang dan kekalahan.

doasusahSesiapa membacanya akan dikeluarkan dari kesusahan

doasusah3

Sesiapa yang membacanya akan diselesaikan segala masalah

Akhir sekali, antara amalan tenang jiwa yang para ulama ajarkan ialah dengan melihat keadaan orang yang lebih merana atau susah dari diri sendiri di samping memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan selawat Ibrahimiyyah iaitu selawat yang dibaca di dalam solat ketika duduk di tahiyat akhir.

Pengalaman Noehas sendiri di dalam mengamalkan amalan tenang jiwa yang dibincangkan di sini hasilnya alhamdulillah dan masyaAllah amat menggembirakan. Alhamdulillah.

Selamat beramal dengan amalan tenang jiwa, khususnya bagi mereka yang sedang ditimpa masalah.

LEAVE A REPLY