BANJIR KILAT 2013 ANTARA RAHMAT DAN MUSIBAH

0
871

18 Februari 2013 – Puchong gempar dengan banjir kilat yang berlaku petang tadi. Ada pelbagai komen yang Noehas baca dan dengar dari banyak pihak. Ada yang kata kawasan banjir adalah kawasan banyak maksiat terutamanya disko dan kelab malam. Ada juga yang kata itu semua ujian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya sistem perparitan. Dan pelbagai lagi komen positif dan negatif mengikut pandangan masing-masing. Noehas ingin bincangkan tentang banjir kilat 2013 antara rahmat dan musibah.

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa kehidupan di dunia ini semuanya adalah ujian. Ini bermakna apa sahaja yang berlaku samada perkara baik atau buruk ia adalah ujian dari Allah SWT. Ujian-ujian tersebut pasti akan dilalui oleh semua manusia samada mereka menyukainya atau tidak. Oleh kerana itu Islam menekankan sifat reda dan sabar selain dari syukur dan usaha. Baiklah, jika kehidupan ini sememangnya untuk diuji habis tu banjir kilat yang berlaku ni rahmat atau musibah untuk penduduk yang ditimpa ujian tersebut?

banjir-kilat-300x225

Asas pertama di atas perlu diperkukuhkan iaitu kehidupan adalah ujian. Asas kedua pula ialah kita kena meyakini bahawa sifat kasih sayang dan rahmat dari Allah adalah meliputi dan melebihi dari segala-galanya. Walaupun pada zahirnya banjir kilat nampak seperti tanda kemurkaan Allah tetapi di sebaliknya terdapat rahmat Allah swt yang amat besar samada kita dapat menjangkaunya atau pun tidak. Ini bermakna banjir kilat yang berlaku walaupun banyak kerosakan harta benda tetapi masih ada rahmat yang perlu kita yakini.

Namun, jangan berasa lega dengan rahmat kerana azab Allah juga amat pedih. Kadang-kadang Allah tampakkan sedikt dari azabnya di muka bumi ini. Banjir kilat yang berlaku juga dianggap musibah kerana adanya kehancuran dan kebinasaan. Musibah yang dimaksudkan ialah mala petaka yang menimpa mangsa. Tetapi jangan dituduh orang yang rosak harta bendanya adalah orang yang dimurkai Allah. Murka atau reda semuanya itu bukan tugas manusia nak menentukan. Semuanya milik Allah untuk menetapkan.

Ringkasannya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Banjir kilat yang melanda bukan rahmat sahaja dan bukan musibah sahaja tetapi ada padanya rahmat dan ada padanya musibah. Bagi orang yang beriman kedua-duanya iaitu rahmat dan musibah adalah indah sepertimana disebut dalam sebuah hadis bahawa orang mukmin jika dapat rahmat dia akan bersyukur dan jika ditimpa musibah maka dia akan bersabar.

posterajaiborangmukmun

LEAVE A REPLY