BELAJAR BAHASA ARAB DI YAMAN

0
659

Baru sebentar tadi 16 Februari 2013 jam 10 malam telah menjadi sejarah bagi sekolah tempat Noehas bertugas. Lima orang pelajar lelaki telah berlepas ke Hodeidah Yaman untuk belajar bahasa Arab di Yaman.

Begitu sedih dan pilu melihat kaum keluarga mereka yang seoalah-olah susah hendak melepaskan anak-anak kesayangan mereka. Namun demi menuntut ilmu ingin belajar bahasa Arab untuk faham al-Quran dan al-hadith maka direlakan mereka berjauhan dari mata.

belajarArabYaman

Omar, Amnan, Ammar, Abdul Rahman dan Naufal dilihat begitu penat selepas mengurus beg yang terlebih had kilogram. Biasalah, kali pertama hendak menaiki kapal terbang dan ke luar negara. Semoga setiap keletihan yang dilalui jadi asbab hidayah seluruh alam dan kejayaan dunia dan akhirat. Ingatlah “setiap kesusahan untuk kebaikan pasti ada kemanisan dan kejayaan”. Niat hendak belajar bahasa Arab di Yaman pasti akan jadi indah selepas ini, insyaAllah.

Rezeki para pelajar Agama memang tidak pernah kurang, bahkan Allah sentiasa mencukupkan keperluan mereka. Selain dari pelbagai sumber yang telah menghulurkan sumbangan untuk mereka yang pergi belajar bahasa Arab di Yaman tersebut, semasa di KLIA pun ramai yang menghulurkan hadiah untuk diguna belanja. Antara yang bergegas ke airport untuk beri sumbangan ialah abang ini. Sebelum tu ada seorang haji pun beri sumbangan dalam bentuk USD.

Noehas sebagai pengetua dan guru kepada lima pelajar tersebut sudah pasti amat berharap dan mendoakan kejayaan mereka yang bersemangat ingin belajar bahasa Arab di Yaman. Mereka bukan sahaja belajar bahasa Arab tetapi juga ilmu Syar’iyyah yang lain seperti tafsir, hadis, fiqh dan lain-lain.

InsyaAllah sesiapa nak belajar bahasa Arab di Yaman boleh lah Noehas beri sedikit sebanyak maklumat dan nasihat. Semoga ada saham akhirat dalam membantu pelajar-pelajar Agama. Kalau ada para dermawan nak hulurkan sumbangan kepada pelajar-pelajar Agama boleh juga hubungi setiausahaman@gmail.com.

LEAVE A REPLY