CINTAKU KEPADA MU

0
475

Aku jadikan cintaku kepadamu sebagai wasilah menuju keredaan Allah.

Kerana Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa mencintaimu adalah wajib.

Bahkan engkau juga telah memberitahu bahawa cinta terhadapmu mestilah melebihi dari cinta terhadap makhluk lain.

Allah telah memujimu di dalam kitab-kita terdahulu dan kitab Al-Quran dengan pujian yang tidak pernah diberi untuk orang lain.

Cintaku kepadamu ialah kerana dirimua insan yang paling sempurna dan paling agung.

Cintaku kepadamu kerana engkau sanggup menggadaikan nyawa dan hartamu untuk kebahagiaanku.

Bagaimana boleh aku tidak mencintaimu sedangkan Allah SWT amat mencintaimu.

Engkaulah satu-satunya makhluk yang Allah SWT mengisytiharkan bahawa DIA benar-benar merahmatimu dan akan menggembirakanmu.

Untuk memanggil nama pun Allah SWT ajar caranya. Apatah lagi untuk mengadapmu dan mengambil sesuatu darimu.

Kata-katamu membuat diriku gembira dan kata-katamu juga membuatkan mataku basah keinsafan.

Alangkah indahnya hidup jika mencintaimu dan alangkah merananya diri jika tidak mengenalimu.

Namamu membuatkan diriku rasa tenang. Caramu membuatkan diriku bahagia.

Walaupun mataku tidak pernah melihat susuk tubuhmu tetapi harapanku supaya diriku yang lemah ini dapat minum dari tanganmu yang mulia di akhirat nanti.

cintakupadamu

Ya Allah! Jadikanlah cintaku kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wasilah untuk aku berjaya di dunia dan di akhirat. Sekiranya aku tidak mampu mengikut 100% perjuangannya Kau tetapkanlah juga supaya aku mati ketika aku sedang mengamalkan sunnah Baginda Muhammad SAW. Ya Allah! Aku cinta kepada kekasihMu Muhammad SAW. Dan aku ingin setiap pembaca yang membaca tulisanku ini juga cinta kepada Nabi Muhammad saw. Semoga aku menjadi asbab orang ramai mencintai Nabi Muhammad SAW.

LEAVE A REPLY