DOA MUSTAJAB UNTUK IBUBAPA HEBAT

0
567

doamustajabmakayah

Sudah beberapa kali Noehas menyampaikan ilmu berkaitan doa mustajab untuk ibubapa hebat di kuliah agama dan motivasi pelajar. Alhamdulillah respon dan maklum balas dari para perserta amat bagus kerana sudah pasti setiap ibubapa ingin doa mereka mustajab atau diterima oleh Allah SWT. Kali ini, ilmu yang bermanfaat tersebut ingin Noehas kongsikan di alam maya supaya ia lebih tersebar luas dan lebih ramai yang boleh mengamalkannya. Semoga hasilnya Noehas akan dapat lihat di alam sana nanti. Sebelum Noehas berkongsi doa-doa tersebut, Noehas ingin mengingatkan para pembaca yang komputer / laptop / tabletnya tidak boleh baca tulisan Arab sila email kepada Noehas supaya Noehas dapat emailkan doa-doa tersebut dalam bentuk file jpg atau sebagainya.

Susunan doa mustajab untuk ibubapa hebat ini disusun oleh Noehas untuk memudahkan para pengamal membaca, menghayati dan menghafaznya. Dalam setiap kelas doa yang Noehas jalankan, doa-doa yang diagihkan sengaja tidak ditulis maksudnya supaya para pengamal mendekatkan diri dengan alim ulama untuk meminta ilmu dari mereka iaitu minta para ulama yang dikenali menterjemahkan doa-doa tersebut secara peribadi kepada para pengamal, ianya pasti lebih berkesan dan terkesan. Sesiapa yang nak dapatkan terjemahannya dari Noehas pun boleh juga jika Noehas tidak sibuk insyaAllah boleh dikongsi ilmu terjemahan doa-doa mustajab tersebut.

Di bawah ini diturunkan doa mustajab untuk ibubapa hebat. Semoga semua ibubapa yang mebaca entri ini dapat mengamalkannya dengan sungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah swt. Inilah doanya:

“بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ أَعِذْنِيْ وَذُرِّيَتِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَوْلَادِيْ، وَوَفِّقْهُمْ لِطَاعَتِكَ وَارْزُقْنِيْ بِرَّهُمْ.

اَللَّهُمَّ يَا مُعَلِّمَ مُوْسَى وَآدَمَ وَإِبْرَاهِيمَ عَلِّمْهُمْ، وَيَا مُفَهِّمَ دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ فَهِّمْهُمْ، وَيَا مُؤْتِيَ لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ آتِهِمُ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ، اَللَّهُمَّ عَلِّمْهُمْ مَا جَهِلُوْا، وَذَكِّرْهُمْ مَّا نُسُّوْا، وَافْتَحْ عَلَيْهِم مِّن بَرَكَاتِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ مُّجِيْبُ الدَّعَوَاتِ.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ لَهُمْ قُوَّةَ الْحِفْظِ وَسُرْعَةَ الْفَهْمِ وَصَفَاءَ الذِّهْنِ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُمْ هُدَاةً مُّهْتَدِينَ غَيْرَ ضَآلِّينَ وَلَا مُضِلِّينَ. اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْهِمُ الْإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِيْ قُلُوْبِهِمْ، وَكَرِّهْ إِلَيْهِمُ اْلكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْهُم مِّنَ الرَّاشِدِينَ. 
اَللَّهُمَّ جَنِّبْهُمُ الْفَوَاحِشَ وَالْمِحَنَ وَالزَّلَازِلَ وَالْفِتَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْهُمْ مِنَ الْعِلَلِ وَالْآفَاتِ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْهُمْ مِنْ شَرِّ الْأَشْرَارِ آَنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ فِي الْإِعْلَانِ وَالْأَسْرَارِ، وَاهْدِهِمْ لِمَا تُحِبُّهُ، وَاغْفِرْ لَهُمْ يَا غَفَّارُ.

اَللَّهُمَّ لَا تُزِغْ قُلُوبَهُمْ بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَهُمْ وَهَبْ لَهُمْ مِّن لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَهُمْ مِّنْ أَمُورِهِمْ رَشَداً، اَللَّــهُمَّ مُنَّ عَلَيَّ بِبَـــقَاءِ أَوْلَادِيْ وَبِإِصْلَاحِــهِمْ لِيْ بِإِمْتَـــاعِيْ بِهِمْ، اَللَّهُمَّ أَمِدِدْ فِي أَعْمَــــارِهِمْ مَعَ الصِّحَّةِ وَالْعَافِيَةِ فِي طَاعَتِكَ وَرِضَاكَ.

اَللَّهُمَّ رَبِّ أَوْزِعْنِيْ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي، إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ.”

 

InsyaAllah pada entri lain Noehas akan kongsikan pula doa musjatab untuk anak-anak yang sedang belajar. Jangan lupa doakan juga kejayaan untuk Noehas dan keluarga serta umat Islam seluruhnya semoga menjadi ibubapa dan anak-anak yang hebat di sisi Allah. Selamat beramal dengan doa musjatab untuk ibubapa hebat.

LEAVE A REPLY