HARGA MINYAK NAIK MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

2
844

Harga minyak naik lagi di Malaysia ketika harga pasaran minyak dunia tidak naik. Hakikat yang diberitahu kepada rakyat ialah subsidi yang dikurangkan bukan harga minyak yang dinaikkan. Apa sahaja alasan yang diberi tetap menyebabkan kebanyakan rakyat rasa beban dan runsing kerana ia melibatkan perbelanjaan hidup seharian. Tetapi sebagai seorang mukmin yang ingin mencari keredaan Allah pastilah mencari  jalan menuju kepada cinta Ilahi walaupun apa sahaja yang dilalui. Cinta Ilahi hanya akan diperolehi jika meletakkan diri dalam ketaatan kepadaNya melalui cara menilai dan beramal dengan sesuatu sesuai dengan kehendak Agama Islam

Mari kita lihat masalah harga minyak naik yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dari sudut pandangan hukum fiqh. Permintaan dari rakyat ialah supaya pihak kerajaan menetapkan harga rendah atau berpatutan untuk minyak petrol RON95 dan diesel. Dalam ilmu fiqh masalah tersebut sebagai “hukum tas’iir” iaitu hukum menetapkan harga. Rumusan perbincangan para cendikiawan dari 4 mazhab ialah keempat-empat mazhab iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali bersepakat bahawa HUKUM MENETAPKAN HARGA TANPA KEPERLUAN YANG SEPATUTNYA ADALAH HARAM. Dalam ertikata lain jika keadaan tidak perlu kepada penetapan harga maka haram pihak berkuasa menetapkan sesuatu harga untuk sesuatu barang tetapi jika perlu ditetapkan harga disebabkan keadaan tertentu maka ia dibenarkan oleh Agama.

petrolhike

Hujah bagi hukum tersebut diambil dari Al-Quran dan hadis sahih. Dalil atau hujah tersebut terbahagi kepada hujah yang berbentuk umum dan khusus. Antara hujah yang berbentuk umum ialah ayat-ayat Al-Quran dan banyak hadis melarang dari melakukan penindasan iaitu jika pihak berkuasa menetapkan harga maka ia telah menindas pihak penjual dari meraih keuntungan yang berpatutan. Isu harga minyak naik juga boleh dibincangkan dari sudut tersebut.

Adapun hujah yang berbentuk khas, antara dalilnya ialah:

وعن أبي هريرة رضي الله عنه  أن رجلاً جاء فقال : يا رسول الله ، سعّر . فقال : بل أدعو . ثم جاءه رجل فقال : يا رسول الله ، سعّر ، فقال : بل الله يخفض ويرفع ، وإني لأرجو أن ألقى الله وليس لأحد عندي مظلمة

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : غلا السعر على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقالوا : لو قوَّمْت يا رسول الله ، قال : إني لأرجو أن أفارقكم ولا يطلبني أحد منكم بمظلمة ظلمته

وعن أنسرضي الله عنه قال : غلا السعر في المدينة على عهد الرسول صلى الله عليه وسلم ، فقال الناس : يا رسول الله ، غلا السعر ، لو سعرت ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن الله هو المسعر ، القابض الباسط الرازق ، وإني لأرجو أن ألقى الله ولا يطلبني أحد بمظلمة ظلمتها إياه في دم ولا مال

Ketiga-tiga hadis tersebut menceritakan bahawa harga barang telah naik dan mahal di zaman Rasulullah saw dan rakyat dari kalangan para sahabat meminta supaya pemimpin mereka iaitu Nabi Muhammad saw menetapkan harga tetapi Nabi saw menolak permintaan rakyatnya atas beberapa sebab antaranya ialah dia tidak mahu dituntut di akhirat nanti kerana menindas pihak penjual. Selain itu, alasan yang diberi ialah urusan mahal atau murahnya sesuatu harga ialah atas ketetapan Allah disebabkan hikmah-hikmah tertentu yang Allah swt Maha Mengetahui akan rahsia dan kebaikannya.

Kisah-kisah tersebut jelas menyebut bahawa rakyat ketika itu dari kalangan para sahabat yang kuat iman pun rasa tergugat dengan isu kenaikan harga barang. Tidak hairanlah jikalau masyarakat Malaysia yang iman mereka tidak sekuat para sahabat membantah dan membesar-besarkan isu harga minya naik. Manusia ada perasaan dan perasaan tersebut boleh diluahkan sebagai usaha untuk dapat yang lebih baik.

Melalui kisah-kisah tersebut juga jelas menunjukkan bahawa antara usaha kerajaan ketika itu ialah Nabi saw menerangkan kepada masyrakat secara jujur apakah hikmah dari kenaikan barang. Nabi saw telah menghubungkaitkan dengan dua perkara iaitu hablun minAllah dan hablun minannaas iaitu disebabkan ada pertalinagn dengan Allah dan juga pertalingan dengan manusia. Sepatutnya begitulah kerajaan Malaysia lakukan setiap kali berlaku kenaikan harga barang dan lebih khusus lagi ketika harga minya naik seperti baru-baru ini. Iaitu kerajaan Malaysia kena menerangkan secara jujur punca sebenar kenapa perlu dinaikkan harga minyak atau barang. Ingat… penerangan yang jujur bukan tipu.

Antara hikmah yang disebut dalam hadis-hadis di atas ialah kenaikan harga barang antara sebab untuk meningkatkan ekonomi. Pada awalnya memang berlaku kenaikan harga kemudian rakyat rasa sempit dengan masalah tersebut tetapi ianya akan jadi lapang dan bertambah rezeki jika diselesaikan dengan cara yang betul. Antara carauntuk meningkatkan ekonomi ialah menambah usaha untuk menjana pendapatan lebih. Contohnya, minyak naik harga 20 sen menyebabkan kos bulanan Pak Aji untuk beli minyak meningkat RM100, setelah mendapat tekanan harga minyak naik Pak Aji pun mulalah berusaha untuk menambah pendapatan supaya boleh menampung RM100 tersebut, setelah usaha gigih dijalankan Pak Aji berjaya menjana pendapatan RM300. Bermakna Pak Aji berusaha setelah tertekan dan usahanya itu telah membawa dia lebih dari sebelum dia tertekan.

Contoh tersebut bukan sekadar dongengan tetapi ia adalah realiti. Ada orang yang dah mula menjual alat-alat untuk menjimatkan minyak dan permintaan amat tinggi. Disebabkan kenaikan minyak sebahagian usahawan telah mendapat keuntungan dari perniagaan mereka. Bukan dalam bidang alat penjimat minyak sahaja, bagi yang ingin dapat pendapatan sampingan boleh cuba pelbagai cara antaranya ialah berniaga melalui internet tanpa memerlukan modal yang besar. Anda boleh cuba jana pendapatan yang bagus dengan produk ini atau blog ini atau perniagaan ini.

Ini sahaja sedikit perkongsian yang Noehas ingin bincangkan. Anda setuju atau tidak atau ada pandangan lain sila kongsi di ruangan komen di bawah.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY