IBRAH & KHIBRAH KEMBARA SOUTH AFRICA

0
221

Di sini diringkaskan ‘ibrah (pengajaran) dan khibrah (pengalaman) kembara ke South Africa.

Hari Pertama
1⃣5⃣0⃣1⃣2⃣0⃣1⃣6⃣:
📌Darul Ulum Zakariyya ada 800 lebih pelajar dari pelbagai negara. Dari Malaysia ada 90 orang, jumlah ini adalah yang teramai dari kalangan pelajar luar negara.

📌Antara sebab pelajar Malaysia ramai ialah kerana
✔semangat yang ada dalam diri orang Malaysia untuk merantau menimba ilmu.
✔ibubapa yg sanggup berkorban perasaan, harta dan anak untuk jalan menuntut ilmu Agama.
✔disenangi oleh pihak pusat pengajian di sini kerana akhlak dan pelajaran yg baik.
✔urusan visa masih boleh dibantu berbanding pelajar dari negara lain.

📌Kawasan madrasah yang kemas, menarik dan selesa sebagai bukti memertabatkan madrasah walaupun dlm negara orang kafir.

📌Akhlak para pelajar yag menyambut dan mengurus kehadiran kami.

📌Bilik tetamu yang sangat selesa untuk bermalam dan bertamu sebagai khidmat kepada orang musafir.

📌Sokongan orang-orang yang berharta dalam memartabatkan madrasah.

Hari Kedua
1⃣6⃣0⃣1⃣2⃣0⃣1⃣6⃣

📌Dibawa melawat dlm kawasan Darul Ulum Zakariyya.

📌Madrasah bukan sahaja meyediakan kemudahan utk mengaji dan belajar Agama tetapi dalam madrasah ada tempat riyadah, pusat penyembelihan, kuarters guru, kenderaan pengangkutan, bilik untuk disewa oleh pelajar yang hendakkan kawasan yang lebih selesa dll.

📌Pelajar Melayu dari Indonesi sebagai muazzin / bilal masjid madrasah yg besar. Antara sebab dipilih kerana akhlak dan khidmatnya yang bagus selain dari suara azan yang merdu.

📌Hari cuti tetapi suasana belajar dan mengajar tetap ada kerana ramai pelajar tetap mengaji Al-Quran dan mentala’ah kitab dan ada guru yang sentiasa bersedia untuk semak hafazan pelajar walaupun pada hari cuti.

📌Suasana menghafaz bukan sahaja menghafaz Al-Quran tetapi juga menghafaz hadis dan kitab-kitab penting seperti nahu, sarf dll.

Hari Ketiga
1⃣7⃣🔹1⃣🔹2⃣0⃣1⃣6⃣

📌Seorang Maulana di Darul ‘Ulum Zakariyya memberi kenderaannya untuk diguna oleh kami. Lesen memandu Malaysia boleh diguna di South Africa sebab termasuk negara komanwel.

📌Dibawa melawat madrasah UITC yg dikendalikan oleh Yayasan Sulaimaniyyah dari Turki. Ada 28 cawangan UICT di South Afrika.

📌UITC mengambil tanggungjawab membela dan mendidik anak-anak tempatan yang muallaf. Ada sebahagian pelajar yang ibubapa masih kafir tapi hantar anak ke madrasah UITC. Ada sebahagian ibubapa tersebut masuk Islam selepas melihat perubahan akhlak anak mereka.

📌Madrasah di Johannesburg mengajar mazhab Hanafi. Berbeza di Cape Town yang mengajar fiqh mazhab Syafiie.

Hari Keempat
1⃣8⃣▪1⃣▪1⃣6⃣

📌Darul Ulum Zakariyya memulakan pengajian selepas cuti awal tahun selama 2 minggu.

📌Kami mengurus kemasukan 4 org pelajar Malaysia. Semua yang bekerja dalam pejabat dari penjaga kaunter reception hinggalah ke pengetua adalah hafiz dan maulana. Sifat menyambut dan membantu para pelajar sangat terbayang dalam wajah dan kerjasama mereka. Pengerusi madrasah iaitu Maulana Basyir sendiri yang berurusan dengan kami.

📌Kami dibawa berjumpa dgn Mudir Madrasah Maulana Syabir dlm pejabatnya. Selepas berta’arruf beliau beri setiap kami kitab tentang bahayanya Syiah.

📌Saya terpandang satu kitab dan bertanya kepada Maulana Syabir tentang kitab tersebut, dia pun hadiahkan kitab tersebut dan ijazahkan untuk saya bawa amalan dalam kitab tersebut ke madrasah saya iaitu Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN). Ia amalan zikir dan doa para ulama yang Darul Ulum Zakariyya kumpulkan untuk dijadikan wazifah iaitu amalan harian mereka.

📌Kami diberi kunci Muzium Sunnah. Muzium ni kecik tetapi sangat bermakna. Di dalamnya ada replika barang-barang yang disebut dalam hadis seperti bekas air yang Nabi guna untuk membasuh muka ketika nazak dan macam-macam lagi. Muzium ini lebih kepada untuk mensyarahkan perkataan hadis tentang barang-barang yang susah difahami pada zaman ini kecuali dengan bantuan replika atau contoh di hadapan mata. Idea ini sangat bagus. InsyaAllah MAN akan membuka Muzium Replika Sunnah ni. Gambar-gambar ada dikongsikan di sini.

Hari Kelima & Keenam
1⃣9⃣&2⃣0⃣🔹1⃣🔹1⃣6⃣

📌Memandu van sewa bergilir-gilir sejauh hampir 2,000 (dua ribu) km dari Johannesburg – Durban – Port Elizabeth – Cape Town.

📌Dapat syiarkan solat di tepi highway. Tidak ada tempat solat sepanjang jalan. Bersyukur di Malaysia suasana solat sanga disyiarkan.

📌Madrasah ada hubungan yang baik dgn beberapa peniaga, mana-mana tetamu dari pihak madrasah akan dibelanja contohnya kedai aiskrim di tepi pantai Durban.

📌Di Port Sandton jumpa seorang maulana yg ada bisnes makanan dan kedai runcit. Dia bekalkan makanan dan minuman percuma untuk sepanjang perjalanan kami. Dan beberapa barang yang kami hendak beli pun diberi percuma. Ramai orang yang hati mulia.

📌Diberi nasihat oleh Maulana tersebut supaya mesti kena lepasi tempat yg bernama Mthatha sebelum pukul 5 petang sebab situ adalah kawasan “gelap”. Alhamdulillah 5 minit sebelum pukul 5 berjaya melepasi Mthatha. Terdetik di hati.. Alhamdulillah di Malaysia masih aman.

📌Singgah di beberapa madrasah UITC dan bermalam di homestay yang pihak UITC uruskan di Port Elizabeth.

📌Perlaksanaan ibadat aqiqah oleh CEO equrban di madrasah. 2 ekor biri2 yang besar dengan harga yang sangat berbaloi.

 

Ini hanya sebahagian pengalaman yang sempat dikongsikan di sini. Terima kasih tidak terhingga kepada tuan Denaihati yang telah mengajak, mengurus dan membelanja saya dalam perjalanan kembara ini. Tidak dilupakan juga rakan sekembara iaitu Haji Zainal Arifin, Haji Masruken, Dato’ Yahya dan anaknya Ustaz Abu Bakar.

LEAVE A REPLY