JANGAN SALAH SEBUT NANTI JADI PELIK

0
493

Dalam entri kali ini Noehas nak sentuh beberapa lafaz yang selalu disalah sebut oleh ramai orang. Ada yang tahap boleh merosakkan aqidah, berubah hukum, lari makna dan sebagainya. Jangan salah sebut nanti jadi pelik.

Antara perkata yang jangan salah sebut nanti jadi pelik ialah lafaz “mahram” yang bermaksud orang yang haram dikahwini oleh seseorang. Ramai yang salah sebut menjadi “muhrim”. Bahkan akhbar dan majalah pun selalu salah tulis, sepatutnya guna perkataan mahram tapi ditulis muhrim. Muhrim bermaksud orang yang sedang pakai kain ihram untuk melaksanakan haji atau umrah. Kan jauh beza makna antara hukum hubungan darah dan ibadat haji umrah tu.

muhrimhajiumrah

Juga jangan salah sebut nanti jadi pelik ialah perkataan “maulid” yang bermaksud masa tarikh lahir, kalau “maulidurRasul” bermaksud “tarikh kelahiran Rasulullah Muhammad saw”. Ramai orang termasuklah penganjur-penganjur majlis pun menulis dan menyebut “maulud Nabi”. Amat jauh beza makna antara maulid dan maulud. Maulud bermaksud orang yang diberanakkan, maulid pula tarikh diberanakkan. Kan jauh beza antara orang dan tarikh.

Dari sudut aqidah pula, ramai orang suka sebut perkataan “alam semulajadi”. Jangan sebut perkataan tersebut kerana ia menafikan “alam semesta adalah ciptaan Allah”. Alam ini tidak boleh terjadi dengan sendirinya. Selain dari Allah adalah semua makhluk. Makhluk pasti dicipta oleh Khaliq iaitu Yang Maha Pencipta, itulah Allah. Jika sebutan “alam semulajadi” disertakan dengan kepercayaan bahawa memang alam ini terjadi dengan sendirinya maka tergelincirlah aqidahnya, perlu diperbaharui syahadah dan mesti meningkatkan ilmu. Oleh itu jangan salah sebut nanti jadi pelik aqidahnya.

Begitu juga perkataan “kebetulan” jangan salah sebut nanti  jadi pelik sebab dalam dunia ini tidak ada yang kebetulan, semuanya telah ditaqdirkan oleh Allah. Cuma perkataan “kebetulan” ni ada perinciannya, kalau disebut “kebetulan” yang membawa maksud kebetulan dalam ilmu pengetahuan manusia maka dibenarkan tapi kalau sebut “kebetulan” dengan sangkaan bahawa memang kebetulan dalam perancangan atau taqdir Allah maka ia akan merosakkan aqidah.

Masih banyak lagi perkataan-perkataan yang jangan disalah sebut, insyaAllah nanti Noehas bincangkan lagi pada lain kali. Diminta juga anda berkongsi di ruang komen, kongsikan perkataan-perkataan lain yang bahaya jika disalah sebut, bahaya dari sudut agama ataupun dari sudut lain.

LEAVE A REPLY