KELEBIHAN PUASA 10 MUHARRAM

1
921

Antara puasa sunat yang besar kelebihan dan fadilatnya ialah puasa pada tarikh 10 Muharram. Puasa ini dilaksanakan pada setiap tahun. Bahkan dalam kitab Sahih Muslim disebut hadis bahawa puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada 10 Muharram.

Puasa 10 Muharram disyariatkan sempena kemenangan Nabi Musa a.s dan kaumnya dari kekejaman Firaun pada tarikh 10 Muharram. Atas kegembiraan dan kesyukuran tersebut maka Nabi Muhammad saw berpuasa pada tarikh tersebut dan menerintah umatnya juga supaya berpuasa pada tarikh tersebut.

Fadhilat atau kelebihan puasa 10 Muharram adalah seperti yang diriwayatkan dalam beberapa kitab hadith, antaranya ialah hadis yang direkodkan oleh Abu Qatadah radhiyAllahu’anhu bahawa Nabi saw ditanya tentang kelebihan puasa pada 10 Muharram lalu Baginda bersabda yang maksudnya “Aku berharap semoga Allah mengampunkan dosa setahun yang lalu bagi mereka yang berpuasa pada hari tersebut.” (Riwayat Muslim).

Selain dari fadhilat dan kelebihan di atas puasa 10 Muharram juga adalah sunnah Nabi saw, amalan para sahabat RadhiyAllahu’anhum bahkan puasa ini juga adalah sunnah Nabi Musa a.s sebagai tanda kesyukuran. Bulan Muharram sememangnya dikenali sejak dahulu lagi sebagai bulan yang mulia, ia dinisbahkan kepada Allah iaitu bulan Allah kerana kemuliannya.

Puasa sunat 10 Muharram ini ada beberapa tahap dalam menyempurnakannya. Tahap yang paling sempurna ialah puasa pada 9, 10 & 11 Muharram. Tahap yang kedua ialah puasa pada 9 & 10 atau pada 10 & 11 Muharram. Seterusnya tahap ketiga ialah puasa pada 10 Muharram sahaja.

Disyariatkan puasa pada 9 dan 11 Muharram bersama 10 Muharram ialah untuk membezakan puasa 10 Muharram umat Islam berbanding puasa 10 Muharram kaum Yahudi yangmana mereka juga berpuasa pada 10 Muharram. Hal ini disebut dalam kitab Sahih Muslim apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada 10 Muharram dan menyuruh umatnya berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. Hal ini menunjukkan kaum Yahudi juga menggunakan kalendar qamari iaitu mengikut peredaran bulan seperti kalendar Hijrah / Islam.

Adapun ibadat pada tarikh 10 Muharram selain dari berpuasa adalah amalan yang tidak ada riwayatnya dari Nabi saw, seperti yang dilakukan oleh puak Syiah.

Janganlah lepas peluang keemasan ini, hanya dengan puasa satu hari Allah mengampunkan dosa satu tahun. Hebatnya tawaran dari Tuhan yang Maha Penyayang. Sesungguhnya kebaikan pahala akan menghapuskan kejahatan dosa.

Pada tahun 2014 ini 9 Muharram jatuh pada hari Ahad 2 November. 10 Muharram pada hari Isnin 3 November dan 11 Muharram pada hari Selasa 4 November.

Kalau hendak pahala lebih lagi sebarkanlah artikel ini. Mana tahu ada orang yang berpuasa sebab usaha anda.

puasaasyura

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY