KEM CUTI SEKOLAH TERBAIK

0
1540

Ramai yang bertanya Noehas tentang kem cuti sekolah pertengahan tahun ni. Minta maaflah banyak-banyak sebab dah beberapa tahun ni Noehas hanya jalankan kem cuti sekolah pada musim cuti sekolah akhir tahun sahaja. Untuk cuti sekolah bulan Mei dan Jun ni Noehas tidak mengadakan aktiviti tersebut sebab sibuk dengan urusan-urusan lain. Ibubapa yang ada masa yang cukup untuk melayani anak-anak di musim cuti sekolah ni seperti abang ni dan juga abang ni maka itulah yang sepatutnya dan yang terbaik. Tetapi jika ibubapa tidak cukupĀ  masa untuk bersama anak-anak janganlah biarkan mereka tanpa sebarang program yang bermanfaat. Hantarlah mereka ke kem-kem cuti sekolah terbaik yang banyak di merata tempat seperti kem smart solat, kem motivasi pelajar cemerlang, tuisyen, program di masjid-masjid dan sebagainya.

Cuti sekolah telah beberapa hari berlalu, masih sempat lagi jika ibubapa ingin menghantar anak-anak ke kem cuti sekolah. Sebelum menghantar anak ke mana-mana kem pastikan pengisian yang dijanjikan oleh pihak pengurusan kem adakah bagus untuk melahirkan insan cemerlang duniawi dan ukhrawi atau hanya cenderung ke arah keduniaan sahaja. Pengalaman pihak pengurusan kem juga mesti diambil kira kerana pengendali kem yang berpengalaman biasanya lebih cemerlang mendidik para peserta berbanding dengan syarikat yang baru nak mula menjalankan program-program sebegini. Kem cuti sekolah adalah salah satu waktu dan tempat yang baik untuk melahirkan generasi hebat jika kena caranya oleh itu carilah kem cuti sekolah terbaik yang mendidik pesertanya dari sudut jasmani dan rohani. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ialah kualiti.

kemcutisekMay2013

Noehas ingin membantu mereka yang sedang dan masih mencari-cari tempat untuk menghantar anak-anak ke kem cuti sekolah terbaik. Noehas bawakan di sini beberapa tempat yang boleh membantu mendidik anak-anak sepanjang cuti sekolah ini. Ramai yang tidak tahu, sebahagian madrasah tahfiz swasta ada menjalankan kem cuti sekolah yangmana madrasah-madrasah tersebut biasanya menumpukan kepada kerohanian dan aspek akhlak seperti yang dilaksanakan di madrasah ini. Sebahagianpondok dan pusat pengajian kitab turath pun sudah mula menjalankan aktiviti kem cuti sekolah. Persekitaran yang akan zuhud dan mujahadah juga kekadang mendidik peserta kem untuk belajar erti kesusahan dan matlamat hidup. Selain itu, syarikat-syarikat terkenal juga tidak ketinggalan di dalam usaha untuk mendidik para peserta kem cuti sekolah mereka seperti syarikat ini dan ini.

Sepanjang Noehas mengusahakan kem cuti sekolah akhir tahun sejak 7 tahun lepas, Noehas dapati para peserta amat terkesan dengan aktiviti dan program kem cuti sekolah bahkan ramai ibubapa yang sangat-sangat gembira dengan kesan positif yang berlaku pada diri anak mereka. Bermula dari kanak-kanak berumur 7 tahun hinggalah dewasa berumur 17 tahun, mereka boleh hidup bagaikan keluarga dan sahabat karib. Sama-sama susah, sama-sama senang. Mula-mula tak suka kem cuti sekolah, lepas tu mula minat dan akhirnya ramai yang tak nak balik sebab dah seronok dengan suasana, guru-guru dan kawan-kawan dalam kem yang semuanya menuju ke arah yang satu iaitu membaiki diri dengan akhlak yang baik. Semoga kem yang Noehas jalankan termasuk dalam kategori kem cuti sekolah terbaik.

InsyaAllah pada cuti akhir tahun nanti Noehas akan meneruskan program kem cuti sekolah terbaik yang biasanya berjalan selama 3 minggu. Salah seorang guru yang banyak jasa mendidik para peserta kem cuti sekolah ialah pemilik blog ini. Pendaftaran akan dibuka pada bulan 9 dan ditutup pada bulan 10. Biasanya dalam tempoh dua minggu dah penuh kouta 200 orang peserta. Yuran untuk kem cuti sekolah akhir tahun yang Noehas jalankan biasanya tidak melebih RM300 untuk tempoh dua hingga tiga minggu. Aktivitinya 70 peratus aktiviti kerohanian dan 30 peratus aktiviti jasmani. Apa-apa pertanyaan tentang kem cuti sekolah akhir tahun anjuran Noehas boleh hubungi 0132075677 06-9532400 atau email setiausahaman@gmail.com.

LEAVE A REPLY