Lima Rukun Pelajar Mukmin Cemerlang

0
581

Ketika Noehas diminta memberi mandat awal tahun 2013 kepada para pelajar Madrasah An-Nuur, Kesang Laut, Ledang Johor baru-baru ini, Noehas memohon kepada Allah SWT supaya memberi ilham yang terbaik untuk disampaikan kepada para pelajar yang ingin berjuang memelihara Al-Quran melalui hafazan dan amalan. Setelah berdoa, Noehas mentela’ah kitab-kitab yang ada di dalam bilik tidur maka terkumpullah lima sifat penting yang ingin disampaikan kepada para pelajar yang Noehas namakan 5 Rukun Pelajar Mukmin Cemerlang.

Selepas diusahakan ilmu yang patut disampaikan, Noehas berikhtiar menyampaikan kepada mereka dengan cara yang boleh menyegarkan dan memberi semangat kepada mereka. Cara tersebut amat penting kerana mereka baru pulang dari cuti panjang pada akhir tahun lepas, sudah pasti semangat belajar dah terbenam dengan suasana persekitaran di rumah mereka. Alhamdulillah nampaknya pelajar baru seramai 40 orang dan pelajar lama seramai 200 orang memberi respon yang baik semasa dan selepas program tersebut.

Apabila Noehas melihat mandat tersebut memberi kesan yang positif kepada para pelajar terniatlah untuk dikongsikan di sini supaya ilmu yang bermanfaat tersebut dapat merentas dunia tanpa sempadan melalui alam siber di Noehas.com. Sepertimana beberapa laman web lain yang telah menjadi rujukan jutaan manusia untuk menimba ilmuimanamal dan dakwah. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menanam saham akhirat.

5rukunpelajacemerlang

Lima sifat tersebut Noehas namakan Lima Rukun Pelajar Mukmin Cemerlang. Ringkasnya adalah seperti yang berikut:

  1. Ikhlas iaitu seratus peratus kehidupan saya ialah untuk mencari cinta Allah, keredoan Allah dan kejayaan di dunia dan akhirat.
  2. Taubat iaitu meninggalkan tabiat dan perangai buruk disamping menyesal atas kelakuan buruk yang pernah saya lakukan dan tidak mengulanginya lagi.
  3. Taqwa iaitu menuju kepada Allah SWT dengan meningkatkan amalan fardhu, sunat, kewajipan harian dan dakwah.
  4. Istiqamah iaitu terus, terus dan terus melakukan kebaikan demi kebaikan dalam akhlak dan pelajaran tanpa jemu dan tanpa putus asa.
  5. Tawadu’ iaitu merendahkan diri kepada Allah, memuliakan ibu bapa dan guru-guru, menghormati orang yang lebih tua, mengasihi kawan-kawan yang lebih muda dan menghargai kawan-kawan sebaya.

Alhamdulillah, para pelajar telah menunjukkan sifat yang lebih cemerlang apabila mereka telah mula mengikrarkan sifat tersebut pada setiap pagi sebelum mereka memulakan pelajaran mereka.

Walaupun Madrasah An-Nuur ikrarnya sendiri tetapi ikrar baru ini adalah sebagai kata-kata semangat untuk menjadi pelajar mukmin cemerlang.

Semoga Allah memilih mereka semua untuk menjadi para ulama yang membawa panji mujahadah di jalan Allah dan menjadi generasi Al-Quran yang memperjuangkan Sunnah Nabi SAW.

LEAVE A REPLY