PEMAKANAN TAMBAH POWER

0
612

Biasanya tajuk macam ni ramai lelaki suka baca dan sebahagian perempuan juga begitu. Jangan risau, entri ni tidak akan ada unsur lucah atau seks yang telah merosakkan ramai umat manusia. Pemakanan tambah power yang Noehas maksudkan ialah pemakanan kesihatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat RHum atau para ulama silam. Ilmu pemakanan tambah power secara sunnah ni boleh kita dalami melalui kitab At-Tibb An-Nabawi karangan Asy-Syekh Ibnu Al-Qayyim. Kitab yang asalnya berbahasa Arab telah diterjemahkan ke banyak bahasa termasuk bahasa Indonesia. Adapun bahasa Malaysia, Noehas tak pasti samada sudah ada di pasaran atau belum sebab Noehas menggunakan kitab asal yang berbahasa Arab.

Antara pemakanan tambah power kesihatan dan power fikiran yang diamalkan oleh Nabi SAW ialah kurma, lebih khusus lagi kurma Ajwa yang dikenali juga di kalangan penggemar kurma dengan nama “kurma Nabi”.Fakta menyebut “Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.” Maklumat tersebut menambahkan lagi keyakinan kita terhadap hadis-hadis Nabi saw yang menggalakkan pengamalan makan kurma.

Madu juga amat bagus dan hebat untuk dijadikan rutin dalam mengamalkan pemakanan tambah power pada setiap hari. Baru ni Noehas dapat madu asli dari seorang sahabat. Madu mempunyai semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia. Gula yang ada pada madu tidak memudaratkan kerana 70% – 95% akan menyerap pada badan dengan sempurna. Madu juga mengandungi ragi untuk melancarkan proses penghadaman. Yang lebih hebat lagi. madu mempunyai semua jenis vitamin yang amat diperlukan oleh badan untuk hidup sihat dan power dalam beribadat dan mencari rezeki di dunia. Antara vitamin yang ada dalam madu ialah vitamin A yang bagus untuk mata, kulit dan sel. Vitamin C untuk menguatkan tubuh, melawan virun dan menyahkan racun. Vitamin D menjana kalsium, menguatkan tulang dan gigi. Vitamin E untuk menjaga kekuatan badan, rahim wanita mengandung dan memberi pemakanan yang cukup untuk bayi di dalam kandungan. Vitamin H membantu dalam memproses makanan dengan baik. Vitamin K menguatkan limfa dan membantu dalam proses darah. Vitamin B1 yang bagus untuk saraf dan mengawal selera makan. Vitamin B2 yang menjaga buah pinggang. Vitamin B3 yang membuang zat-zat luaran yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Vitamin B5 yang mampu mencegah penyakit kulit dan urat saraf. Vitamin B6 yang membantu dalam mencerna zat protein. Dalam madu juga ada zat garam galian yang sangat penting untuk tubuh badan kita.

madusidr

Tapi kena ingat, untuk dapat madu yang nak dijadikan pemakanan tambah power mestilah guna madu yang asli. Ramai orang yang suka beli madu Yaman yang agak mahal harganya hingga mencecah RM500 perkilogram. Tapi Noehas berpendapat bahawa setiap negara Allah telah jadikan penyakit dan juga penawarnya. Lebah di Yaman tidak mengambil madu dari bunga-bungaan dan herba-herba yang ada di Malaysia, jadinya ia kurang sesuai diamalkan di Malaysia. Mungkin juga sesuai tetapi madu asli yang di ambil dari tanah dan suasana yang sama dengann bumi Malaysia adalah lebih mujarab dan bagus. Pemakanan kita lebih berlemak, dalam santan dan sebagainya amat banyak lemak sedangkan orang Arab Yaman tidak makan seperti kita maka Allah sediakan madu mereka dari bebunga yang berlainan dibandingkan dengan kita. Di sini anda mungkin akan dapat madu asli. Noehas belum mencubanya, tapi kalau yang dijual oleh ibu kepada muslimah ni insyaAllah Noehas berani katakan yang ia 100% asli.

kelulut4

 

Ok lah, dah panjang pula cerita pasal pemakanan tambah power ni. Lain kali insyaAllah sambung lagi sebab pemakanan memang amat penting bagi menjana kesihatan yang lebih berkat dan kuat.

LEAVE A REPLY