PEMBEDAHAN GHAIB SATU PEMBOHONGAN

0
874

Sebahagian masyarakat amat suka perkara pelik, ajaib, sakti dan seumpamanya selain suka mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah. Jika sekiranya jalan pintas dan perkara ajaib tersebut masih boleh diterima dalam Islam tak per lah juga, masalahnya perkara yang bercanggah dengan Islam juga tetap diminati ramai. Antara perkara ajaib yang ramai terlibat dan menggunakannya ialah rawatan menggunakan pembedahan cara ghaib iaitu proses mengeluarkan sesuatu objek dari tubuh badan manusia tanpa menggunakan alat-alat pembedahan biasa. Di awal perenggan lagi Noehas ingin menegaskan bahawa pembedahan ghaib satu pembohongan yang amat jelas hukumnya iaitu haram.

bedahghaib

Noehas yakin bahawa pembedahan ghaib satu pembohongan dan penyelewengan kerana ia termasuk dalam jenis ilmu “sihir khayaali” iaitu satu ilmu yang mengkhayalkan atau memukau orang yang melihatnya. Dalam erti kata yang lain, sebenarnya tidak ada objek yang dikeluarkan dari tubuh manusia yang “dibedah”, ia hanya satu trik atau helah yang digunapakai samada trik yang bersifat penipuan zahir atau trik yang dibantu oleh golongan jin yang sememangnya sentiasa ingin mnyesatkan umat manusia. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan pendapat Noehas atas alasan mereka sendiri pernah mencuba pembedahan ghaib tersebut dan merasakan kesembuhan selepasnya.

Para ulama telah bersepakat bahawa mempelajari ilmu sihir, mengamalkannya serta meminta bantuan dari pengamalnya adalah haram. Hukum tersebut bersandarkan kepada beberapa ayat Al-Quran seperti ini dan juga hadis-hadis Nabawi seperti yang termaktub di sini. Amalan bedah ghaib dalam masyarakat Melayu ada beberapa jenis yang terkenal antaranya ialah bedah ghaib untuk mengeluarkan pepasir batu karang dengan teknik-teknik tertentu. Begitu juga bedah ghaib untuk mengeluarkan sihir, santau dan sebagainya dengan menggunakan telur ayam yang digolek-golekkan di tempat tertentu lalu dipecahkan di hadapan pesakit untuk membuktikan ada jarum, kotoran dan sebagainya yang disedut oleh tersebut. Semua jenis pembedahan ghaib itu satu pembohongan yang jangan dipercayai.

Satu pertubuhan Islam yang mengumpulkan para ulama yang mahir di dalam bidang perubatan telah berbincang tentang hukum pembedahan secara ghaib. Boleh rujuk keputusan fatwa dan resolusi yang mereka rumuskan di sini. Bagus juga Noehas nukilkan di sini apa yang mereka tetapkan dalam perbincangan mereka yang dapat membantu dalam memahami tajuk entri “pembedahan ghaib satu pembohongan” ni.

Resolusi kongres tersebut menegaskan seperti yang berikut: “Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku”.

Semua yang Noehas tulis ini adalah menurut kajian yang Allah izinkan setakat ini. Ilmu yang sebenarnya adalah di sisi Allah SWT. Kita hanya dipertanggungjawabkan tentang apa yang zahir dan dalam batasan ilmu manusia. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih luas dan benar. Wallahu a’lam bissowaab.

LEAVE A REPLY