PRODUK VITAMIN MINDA AKTIF 9A PLUS

0
1430

Ramai para ibubapa yang risau jika anak mereka tidak pandai belajar, malas, tidak bersemangat dalam kebaikan dan susah dengar cakap. Ingat pesanan Nabi yang kta sanjungi “setiap penyakit / masalah pasti ada ubatnya” dan juga sabdaan beliau “tidaklah Allah turunkan penyakit / masalah kecuali Allah turunkan penawarnya”. Penawar bagi penyakit malas belajar ialah hidupkan hati dan akal dengan menggunakan pelbagai cara yang dibenarkan oleh Islam seperti diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis tentang kelebihan belajar. Dari sudut yang lain, semangat anak yang malas belajar perlu dibangkitkan melalui pemakanan yang dapat membantu jiwa dan kesihatan mereka. Dalam entri ini Noehas nak membincangkan tentang produk vitamin Minda Aktif 9A Plus yang telah Noehas cuba pada diri sendiri, anak-anak, para pelajar dan kawan-kawan.

penyakitdanubat

Noehas mengenali produk vitamin Minda Aktif 9A Plus sejak tahun 2009. Seorang kawan peniaga ubat-ubatan yang mencadangkan produk tersebut kerana katanya sangat bagus untuk minda bayi hingga ke orang tua. Noehas baru mencubanya 3 hari sudah dapat rasa kesegaran badan dan aktif pemikiran. Kesan yang paling ketara ialah tidur sedikit tapi cukup untuk menyegarkan semula tubuh badan. Noehas pun mula memberi produk yang sedap dan menarik ni kepada dua orang anak. Nampaknya, anak-anak sangat suka dengan rasa enak vitamin minda Aktif 9A Plus dan minat belajar pun semakin kuat berbanding sebelumnya. Satu botol yang ketika itu harganya RM32 digunakan seisi keluarga boleh bertahan hingga 15 hari. Kira ok lah tu, sebulan RM64 dilaburkan untuk membeli produk vitamin adalah satu pelaburan yang menguntungkan kerana ia amat membantu dalam proses pembelajaran anak-anak. Sejak tahun 2012 harga dah rm41 tapi masih murah jika dibanding dengan produk luar negara yang tidak ada sijil halal.

Oleh kerana Noehas nak amalkan dengan istiqamah produk vitamin Minda Aktif 9A Plus, mulalah mencari di internet tentang produk tersebut. Banyak maklumat yang Noehas dapat, antaranya ada produk lain yang namanya hampir sama, berada di pasaran selepas Minda Aktif 9A Plus mula terkenal. Harganya amat murah tetapi rupanya ia sejenis ubat homeopati, dikatakan ia tidak dapat sijil halal dari JAKIM. Wallahua’lam. Produk Minda Aktif 9A Plus keluaran syarikat Madunia Sri Berkat ada sijil halal dan ia di bawah akta kualiti makanan. Noehas pernah nak jadi pengedar produk Minda Aktif 9A Plus ni tapi ketika itu stok di Semenanjung habis kerana banyak dihantar ke Singapore, Brunei dan Sabah. Wah! Boleh tahan juga, terkenal di luar tapi tak dikenali di Semenanjung.

Produk Vitamin Minda Aktif 9A Plus ni mengandungi pelbagai bahan yang dapat membantu membaiki gaya dan daya fikiran. Kalau baca testimoni-testimoni yang ditulis sendiri oleh para pengguna memang menakjubkan. Ada seorang cikgu yang anaknya tidak pernah dapat A dalam pelajaran, alhamdulillah selepas mengamalkan produk tersebut anaknya skor A dalam semua subjek yang diambil dalam SPM. Ada yang anaknya gagap, alhamdulillah telah fasih membaca Al-Quran. Noehas rasa seronok dengan perkembangan positif yang para pengguna dapat hasil dari asbab produk Minda Aktif 9A Plus. Semuanya apasti dengan izin Allah.

Kalau anda tengah mencari produk yang sesuai untuk membantu anak-anak dalam meningkatkan prestasi belajar, fokus, akhlak dan sihat maka Noehas cadangkan boleh mencuba produk ni dengan membuat pembelian di laman web rasminya. Selamat mencuba produk vitamin Minda Aktif 9A Plus, jangan sampai tersalah beli produk tiruan 🙂 .

LEAVE A REPLY