بسم الله الرمن الرحيم
الصلاة والسلام على رسوله الكريم
وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Blog Al-Muhtadin ini akan dijadikan wadah untuk mengamalkan prinsip HIDUP BERBAKTI MATI BERSAKSI. InsyaAllah.
Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita bahawa yang terbaik dari kalangan umatnya ialah yang banyak memberi manfaat kepada yang lain samada kepada manusia atau makhluk lain seperti binatang, jin dan lain-lain. Itulah yang blog Al-Muhtadin hendak hidupkan iaitu berbakti semampu yang boleh.
Kepuasan berbakti kepada yang lain hanya tercapai apabila mati dalam iman dengan penyaksian syahadah dan disaksikan oleh umat bahawa matinya si fulan adalah mati yang mulia. Impian hidup ialah mati dalam keredhoan Allah. Itulah yang dimaksudkan dengan “mati bersaksi”.
Semoga blog Al-Muhtadin yang bermaksud “orang-orang yang sentiasa dapat petunjuk dan bimbingan Allah” benar-benar menjadi asbab tersebarnya hidayah ke suluruh alam atas landasan iman yang sohih dan amal yang soleh hingga mampu melahirkan insan-insan generasi Al-Quran yang memperjuangkan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
InsyaAllah… semoga niat almuhtadin tercapai dengan izin Allah…. Aamiin.
Comments are closed.