Sistem Perbankan Forex (Bah. 2)

0
795

Oleh: Noehas (www.noehas.com)

Forex

 

5.0 SISTEM UTAMA PENENTU KADAR PERTUKARAN ASING

Telah dijelaskan bahawa kadar pertukaran asing adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran pertukaran asing. Sekarang akan diterangkan bagaimana kedua-dua permintaan dan penawaran bersama-sama menentukan kadar pertukaran asing. Terdapat dua sistem utama untuk menentukan kadar pertukaran asing iaitu kadar pertukaran boleh ubah atau terapung dan kadar pertukaran tetap.

 

5.1 Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah atau Terapung

Kadar pertukaran boleh ubah atau terapung menunjukkan bahawa kadar pertukaran mata wang asing adalah ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran antara dua mata wang yang berlainan ditetapkan pada tingkat di mana permintaan adalah sama dengan penawaran mata wang tersebut.

Hal yang demikian tidak perlu melibatkan kerajaan dalam menyimpan rizab mata wang asing untuk menjalankan urus niaga ubahsuaiannya. Kadar pertukaran sedemikian yang ditentukan oleh mekanisme pasar akan bertindakbalas kepada tekanan yang ada di pasaran dan sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan.

 

5.1.1 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah

Kelebihan sistem kadar pertukaran boleh ubah ialah kemampuannya untuk mencapai tingkat keseimbangan secara berterusan sungguhpun terdapat perubahan dalam faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran. Mekanisme pasar akan mengakibatkan wujudnya keseimbangan kadar pertukaran tanpa campur tangan kerajaan.

Walaupun sistem kadar pertukaran boleh ubah mempunyai mekanisme untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam pasaran pertukaran asing, tetapi pihak kerajaan tidak sanggup membiarkan kadar pertukaran mata wang asing ditentukan sepenuhnya oleh kuasa pasaran. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama berikut:

a)      Pada umumnya, faktor-faktor pengeluaran tidak mempunyai mobiliti yang luas. Jadi, adalah sukar bagi faktor-faktor pengeluaran berpindah daripada satu industri ke industri yang lain. Maka perubahan harga relatif eksport dan import akan menimbulkan masalah pengangguran dalam industri-industri yang terjejas oleh perubahan harga tersebut.

b)      Dalam pasaran bebas kadar pertukaran asing bukan sahaja dipengaruhi oleh eksport dan import barang-barang dan perkhidmatan tetapi juga dipengaruhi oleh pergerakan modal.  Pergerakan modal, termasuk modal jangka  pendek,  akan mempengaruhi kadar pertukaran dan seterusnya mempengaruhi harga relatif eksport dan import walaupUn permintaan dan penawaran barang-barang dan perkhidmatan berubah.

c)      Pasaran pertukaran asing akan menarik minat orang-orang berspekulasi untuk mencari untung. Mereka akan membeli sesuatu mata wang pada tingkat harga rendah dan menjualnya pada tingkat harga   yang   tinggi.   Kegiatan   spekulasi   yang   sedemikian   akan menyebabkan   ketidakstabilan   yang   lebih   besar   kepada   kadar pertukaran.

d)     Kadar   pertukaran   yang   sentiasa   turun   naik   akan   menjejaskan perdagangan antarabangsa. Para pengimport dan pengeksport bukan sahaja hendak member! perhatian kepada harga barangan tetapi juga pergerakan nilai mata wang asing di pasaran pertukaran asing. Dengan perkataan lain, para pengimport dan pengeksport mengambil risiko yang besar dalam membuat perjanjian jangka panjang kerana kos mengimport dan mengeksport akan berubah akibat perubahan harga barangan dan juga nilai mata wang.

Kelemahan-kelemahan sistem kadar pertukaran boleh ubah telah menggalakkan kerajaan campur tangan dalam penentuan kadar pertukaran asing mata wang negara. Kerajaan campur tangan untuk tujuan menghapuskan ketidakstabilan nilai mata wang dalam jangka pendek tetapi membenarkan mekanisme pasar menstabilkannya dalam jangka panjang. Biasanya, Bank Pusat akan menggunakan dana penstabil yang mengandungi mata wang negara, mata wang asing dan emas untuk meminimumkan perubahan yang berlaku dalam kadar pertukaran asing.

Sebagai contoh, apabila nilai mata wang negara turun berbanding dengan nilai mata wang asing, Bank Pusat akan menggunakan dana mata wang asing untuk membeli dana wang negara. Cara ini akan meningkatkan permintaan ke atas mata wang negara dan menaikkan nilai mata wang negara dan sebaliknya. Jadi, Bank Pusat boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang negara dalam pasaran pertukaran asing dengan menggunakan dana penstabil. Ini menjamin kadar pertukaran mata wang negara akan sentiasa distabilkan. Bagaimanapun, dana penstabil yang sedemikian hanya sesuai untuk mengurangkan ketidakseimbangan dalam jangka pendek sahaja.

 

5.2 Sistem Kadar Pertukaran Tetap

Sistem kadar pertukaran tetap adalah satu sistem di mana kadar pertukaran satu mata wang dengan mata wang lain adalah ditetapkan oleh pihak kerajaan sesebuah negara. Kadar pertukaran tetap yang sedemikian berubah, akan tetapi dalam lingkungan had yang kecil sahaja.

Dalam menggunakan sistem kadar pertukaran tetap, kerajaan akan menetapkan nilai par mata wang relatifnya dengan mata wang asing. Andaikan bahawa dengan menggunakan ringgit Malaysia (RM) dan dolar Amerika Syarikat (ASS), kerajaan akan menetapkan nilai par ringgit Malaysia dalam sebutan mata wang dolar Amerika Syarikat, katakan RM2.70 = ASS1.00. Kerajaan juga akan menentukan, katakan pertukaran tersebut tidak boleh naik atau turun melebihi 1% daripada nilai par yang telah ditetapkan. Jadi, kerajaan akan membenarkan kadar pertukaran ringgit Malaysia – dolar Amerika Syarikat berada di antara RM2.67 = ASS1.00 dan RM2.73 = ASS1.00. Sebarang kadar pertukaran yang di luar kadar-kadar tersebut akan menyebabkan Bank Pusat campur tangan dalam membeli atau menjual dolar Amerika Syarikat di pasaran pertukaran asing supaya kadar pertukaran berada pada kadar yang telah ditetapkan.

Di bawah sistem kadar pertukaran tetap, kuasa permintaan dan penawaran mata wang asing masih menentukan tingkat keseimbangan kadar pertukaran. Pada titik keseimbangan ini, kadar pertukaran adalah tetap. Iaitu jika kadar pertukaran ini adalah sama dengan nilai par yang telah ditetapkan. Jadi, Bank Pusat tidak perlu campur tangan.

Begitu juga perubahan penawaran dalam mata wang asing akan menyebabkan kadar pertukaran melebihi atau mengurangi daripada hak maksimum dan minimum yang telah ditetapkan. Ini akan menggalakkan campur tangan kerajaan untuk membawa kembali kadar pertukaran tersebut kepada nilai par yang telah ditetapkan.

 

5.2.1 Kelebihan dan Kelemahan Sistem Kadar Pertukaran Tetap

Kelebihan sistem kadar pertukaran tetap ialah kemampuannya untuk menghapuskan unsur ketidaktentuan dalam perdagangan antarabangsa. Kelemahan sistem ini ialah ia tidak mempunyai mekanisme pasar yang secara automatik dapat menstabilkan keseimbangan dalam imbangan pembayaran. Ini bermakna kerajaan terpaksa menggunakan rizabnya untuk membeli dan menjual tukaran asing. ]adi, sesebuah negara yang mengamalkan sistem kadar pertukaran tetap perlu menyimpan jumlah cadangan tukaran asing yang besar.

Dalam sistem kadar pertukaran tetap, permintaan dan penawaran tukaran asing tanpa campur tangan kerajaan tidak selalu sama. Ini bermakna imbangan pembayaran negara tersebut juga tidak selalu seimbang. Maka kadar pertukaran tidak dapat rtiembawa sektor luar kembali ke keadaan seimbang. Oleh itu, kerajaan sesebuah negara perlu melaksanakan dasar-dasar lain untuk mengatasi kurangan atau Iebihan dalam sektor luarnya.

 

5.3 Kadar Pertukaran Asing di Malaysia

Seperti yang diterangkan, sistem kadar pertukaran asing dapat dibezakan kepada dua jenis iaitu kadar pertukaran boleh ubah atau terapung dan kadar pertukaran tetap

Seperti di kebanyakan negara lain, sehingga ke tahun 1973, Malaysia mengamalkan sistem kadar pertukaran tetap. Mengikut langkah yang dilakukan oleh negara lain, semenjak tahun tersebut, Malaysia mengamalkan sistem kadar boleh ubah sehingga tahun 1998. Apabila krisis Asia berlaku, pada September 1998, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Langkah Kawalan Pertukaran Asing dengan menetapkan nilai ringgit berbanding dolar AS pada satu kadar tetap sahaja, iaitu RM3.80 = ASS1.00.

Tujuan kerajaan Malaysia membuat demikian adalah untuk mengurangkan pengantarabangsaan ringgit Malaysia bagi mengurangkan risiko dan pendedahankepada perkembangan luaran. Dengan penetapan nilai tersebut, pergerakan nilai ringgit juga mencerminkan pergerakan nilai dolar AS. Dengan itu, sernenjak serangan Amerika Syarikat pada 11  September 2001, ringgit Malaysia telah mengalami kemerosotan antara 0.2% hingga 3% berbanding mata wang utama dan serantau  berikutan  kelemahan  nilai dolar AS.

6.0 KONSEP FOREX

6.1 Standard Emas

Di bawah sistem standard emas, pihak berkuasa kewangan sesebuah negara akan menetapkan nilai mata wangnya dalam sebutan emas. Ini bermakna pihak berkuasa kewangan bersedia menawar emas untuk ditukar dengan mata wang pada suatu kadar yang telah ditetapkan. jadi, apabila penawaran emas bertambah, penawaran wang dalam negeri juga akan bertambah.

Ciri penting di bawah sistem standard emas ialah kadar pertukaran di antara mata wang akan sentiasa tetap kerana emas merupakan mata wang antarabangsa.

 

6.2 Konsep Terlebih Nilai dan Terkurang Nilai

Contohnya, Kadar pertukaran mata wang apabila ditentukan oleh pasaran bebas adalah RM2.50 = ASS1.00. Katakan kerajaan Malaysia berpendapat bahawa kadar ini kurang sesuai, dan menentukan bahawa kadarnya adalah: RM3.00 = ASS1.00. Kadar ini menggambarkan bahawa “RM terkurang nilai” dan “dolar terlebih nilai”.

Terkurang nilai wujud apabila kadar sesuatu mata wang asing ditetapkan oleh kerajaan pada tingkat yang lebih rendah daripada yang ditentukan oleh pasaran bebas.

Terlebih nilai wujud apabila kadar pertukaran yang ditetapkan oleh kerajaan adalah lebih tinggi daripada yang ditentukan oleh pasaran bebas. Kadar tukaran II, RM2.00 = AS51.00 bererti “RM terlebih nilai”.

 

6.3 Konsep Devaluasi dan Revaluasi

Devaluasi adalah tindakan kerajaan yang menurunkan nilai mata wangnya terhadap mata wang asing.

Contoh, andaikan pada mulanya RM2.50 = ASS1.00. Andaikan Malaysia menghadapi masalah imbangan pembayaran defisit yang berterusan, jadi untuk mengatasinya sebagai langkah terakhir, kerajaan mendevaluasikan mata wangnya kepada RM3.50 = AS1.00.

Kesan-kesan akibat devaluasi:

a)      Eksport menjadi lebih murah dan akan bertambah

b)      Import berkurang kerana ia lebih mahal

c)      Kenaikan eksport dan pengurangan import memperbaiki imbangan pembayaran

d)     Pendapatan negara akan bertambah oleh kerana:

  1. Eksport bertambah
  2. Import kurang menaikkan permintaan keluaran tempatan
  3. Pelaburan naik disebabkan (i) dan (ii).
  4. Mungkin inflasi berlaku sebab kenaikan harga import akan mendorong     kenaikan harga barang tempatan yang memerlukannya sebagai barang perantaraan.

Revaluasi adalah tindakan kerajaan yang meningkatkan nilai mata wangnya terhadap mata wang asing. Kerajaan Malaysia pada bulan September 1998 telah menetapkan ringgit Malaysia pada kadar RM3.80 = ASS1.00, didesakkan aktiviti-aktiviti spekulasi pertukaran wang yang bertindak keterlaluan hingga menjejaskan nilai mata wang Malaysia. Jika kerajaan Malaysia berpendapat bahawa mata wangnya telah ‘terkurang nilai’, kerajaan boleh menaikkan nilai ringgit kepada kadar RM3.00 = ASS1.00. Tindakan ini disebut revaluasi.

Kesan-kesan akibat revaluasi ialah:

a)      Import menjadi lebih murah dan akan bertambah

b)      Eksport berkurang kerana ia lebih mahal

c)      Kenaikan import dan pengurangan eksport akan memburukkan imbangan pembayaran.

 

7.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR PERTUKARAN MATA WANG

Perbincangan awal telah menjelaskan bahawa perubahan dalam kadar pertukaran mata wang adalah dipengaruhi oleh perubahan dalam permintaan dan penawaran mata wang di pasaran pertukaran asing. Perubahan-perubahan dalam permintaan dan penawaran mata wang adalah disebabkan oleh banyak faktor. Di antaranya adalah:

  1. Perubahan harga barang-barang eksport dan import: Harga sesuatu barang merupakan faktor penting dalam menentukan kuantiti barang yang akan dieksport atau diimport. Apabila harga barang dalam negeri menjadi lebih rendah (tinggi), harga eksport akan menjadi lebih murah (mahal) dan kuantiti eksport akan bertambah (berkurang). Begitu juga apabila harga barang luar negeri menjadi lebih rendah (tinggi), harga import akan menjadi lebih murah (mahal) dan kuantiti import akan bertambah (berkurang). Jadi, perubahan harga barang eksport dan import akan menyebabkan perubahan dalam permintaan dan penawaran barang eksport dan import. Selanjutnya, perubahan tersebut akan menyebabkan perubahan dalam permintaan dan penawaran ke atas mata wang asing.
  2. Kenaikan harga-harga umum: Kenaikan harga-harga umum atau inflasi akan mempengaruhi kadar pertukaran mata wang. Pada umumnya, inflasi akan menyebabkan nilai mata wang turun. Ini adalah kerana inflasi cenderung menyebabkan harga-harga barang dalam negeri naik. Oleh itu, inflasi menyebabkan harga eksport menjadi lebih mahal dan harga import menjadi lebih murah. Keadaan ini akan mengurangkan jumlah eksport dan menambahkan jumlah import. Kejatuhan eksport menyebabkan penawaran ke atas mata wang asing berkurang dan kenaikan import menyebabkan permintaan ke atas mata wang asing bertambah.
  3. Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan: Tingkat kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan akan mempengaruhi aliran modal. Tingkat kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan yang tinggi akan menggalakkan lebih banyak modal luar negeri mengalir masuk ke dalam negeri. Sebaliknya, tingkat kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan yang rendah akan menyebabkan modal dalam negeri mengalir keluar ke luar negeri. Apabila lebih banyak modal dialirkan masuk ke sesebuah negara, permintaan ke atas mata wangnya akan bertambah dan menaikkan nilai mata wang dalam negeri. Sebaliknya, apabila lebih banyak modal negara dialirkan ke luar negeri, permintaan ke atas mata wangnya akan jatuh dan nilai mata wang dalam negeri akan merosot.
  4. Perubahan dalam cita rasa masyarakat: Cita rasa masyarakat akan mempengaruhi corak penggunaan masyarakat Jika masyarakat lebih suka kepada barang-barang yang diimport, maka jumlah barang-barang import akan meningkat. Sebaliknya, jika masyarakat berubah corak penggunaan daripada barang-barang import kepada barang-barang keluaran dalam negeri, maka jumlah barang-barang import akan berkurang. Cita rasa masyarakat yang menyebabkan kenaikan dan penurunan dalam jumlah barang-barang import akan mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing. Jika import sesebuah negara berkembang lebih cepat daripada eksportnya, penawaran bagi mata wang negara akan melebihi permintaannya. Jadi, nilai mata wang negara akan merosot dan sebaliknya.

 

8.0 PENUTUP

Kertas kerja ini cuba menyingkap tentang sistem forex yang banyak membantu dalam urusan perbankan dan kewangan antarabangsa. Dalam ajaran agama Islam, dari sudut ilmu fiqh, forex boleh dikategorikan dalam bab al-Suftajah. Tajuk al-Suftajah tersebut telah dibincangkan oleh penulis dalam kertas kerja yang telah dibentangkan dalam kuliah tempohari yang bertajuk “Sistem Pinjaman Dalam Islam (Al-Qard)”. Forex mesti dilaksanakan dengan keizinan dan pemantauan pihak kerajaan yang memiliki sesuatu mata wang tersebut. Forex juga terlibat dengan hukum-hakam yang berkaitan dengan emas dan perak, seperti riba nasiah, riba fadl dan sebagainya.

Justeru, penulis berharap sistem forex dapat diselaraskan dengan hukum-hakam Islam supaya semua umat terselamat dari riba dan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah swt.

 

RUJUKAN

Abdul Mumin Abdul Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Perlaksanaannya di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1999.

Unit Pengajian Adabi, SPM Ekonomi Asas, Kuala Lumpur: Maktab Adabi Gaya Pos.

S. H. Lim, Makroekonomi, Selangor: Pustaka Sarjana, 2002.

LEAVE A REPLY