SOLAT YANG MENGGEMBIRAKAN SYAITAN

0
698

solatdimasjidnabawi

Solat adalah satu ibadat yang paling Allah suka. Ia juga menjadi penyejuk mata para solihin dan tiang agama Islam. Oleh kerana solat amat penting bagi menjamin kejayaan umat Islam maka syaitan pasti akan mengerah tenaga seboleh mungkin untuk merosakkan solat seseorang dengan menggunakan pelbagai cara.

Jika syaitan berjaya merosakkan solat dan menggoda manusia yang solat maka syaitan akan bergembira kerana berjaya memutuskan tali kukuh yang menguhungkan antara hamba dan Tuhannya. Zahirnya solat tapi rupanya solat tersebut menggembirakan syaitan.

Entri kali ini Noehas ingin menerangkan tentang solat yang menggembirakan syaitan. Semoga ramai yang terselamat dari jenis solat tersebut. Berikut adalah jenis-jenis solat yang menggembirakn syaitan la’natullahi ‘alaihi:

1. Solat yang dilakukan selepas habis waktu walaupun diqodak. Ayat 59 dari surah Maryam amat tegas menempelak mereka yang tidak solat dan melakukan solat di luar waktu. Maka wajiblah kita menjaga waktu solat tepat pada waktunya. Banyak alat yang boleh membantu kita menjaga waktu solat, antaranya ialah

2. Solat yang dilengah-lengahkan hingga ke akhir waktu walaupun masih ada waktu. Dalam surah Al-Ma’uun menerangkan kecelakaan bagi mereka yang melengah-lengahkan solat hingga ke akhir waktu. Begitu juga banyak hadis yang mengingatkan tentang bahayanya melengahkan solat.

3. Solat sebelum masuk waktu. Noehas pernah jumpa orang yang solat sebelum masuk waktu tapi tak sempat Noehas bertanya kenapa dia laukan begitu. Mungkin dia tak tahu masa sebenar masuk waktu solat atau dia sengaja buat begitu. Walau apa sahaja alasannya, solat sebelum masuk waktu adalah tidak sah. Kalau tak sah maknanya dikira tak solat, kalau tak solat maknanya bergembiralah syaitan dengan solat begitu.

4. Solat pada waktu yang haram solat padanya. Ramai juga masyarakat kita tak tahu ada waktu yang diharamkan solat pada waktu tersebut. Waktu-waktunya ialah selepas solat Subuh, ketika terbit matahari hingga 20 minit selepas itu, ketika matahari terpacak di atas kepala, selepas solat asar dan ketika terbenam matahari hingga benar-benar terbenam semuanya iaitu hingga masuk waktu solat maghrib.

5. Solat di tempat yang dilarang oleh syarak. Antara tempat yang dilarang ialah tempat yang bernajis atau tandas, kuburan dan kandang unta. Solat di tempat tersebut menggembirakan syaitan kerana orang yang bersolat tersebut telah melanggar larangan Nabi saw dalam hal itu.

6. Solat yang kosong jiwa iaitu solat yang tidak khusyuk. Solat yang lalai dan kosong dari pengisian jiwa diibaratkan dalam hadis seperti kain buruk yang akan dilemparkan balik ke muka kerana tidak ada nilai.

7. Solat tanpa ilmu. Jahil adalah penyakit yang paling menggembirakan syaitan. Jahil tentang hukum hakam dan cara solat sebenar adalah salah satu kejahilan yang besar yang mesti kita hindari. Oleh itu wajib menuntut ilmu tentang solat dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.

8. Solat dengan sombong dan riak. Dalam surah Al-Maa’uun juga menerangkan tentang orang yang solat dalam keadaan riak dan menunjuk adalah orang yang dapat kegagalan.

LEAVE A REPLY