WAKTU BEKAM PALING MUJARAB TELAH TIBA

2
1077

bekam

Bekam ialah salah satu cara rawatan Islam yang telah diiktiraf keberkesanannya oleh pihak yang bertanggungjawab seperti yang dilaporkan oleh laman-laman web terkemuka. Hadis-hadis Nabi SAW banyak menerangkan tentang rawatan berbekam. Nabi SAW sendiri pernah berbekam beberapa kali dan mengiktiraf pekerjaan membekam dengan memberi upah kepada pembekam. Yang paling menakjubkan ialah malaikat Jibrail menasihati Nabi SAW supaya berpesan kepada umat Baginda SAW supaya mengamalkan berbekam. Nabi SAW memberijaminan sembuh dari segala penyakit melalui rawatan bekam. Namun, waktu bekam paling mujarab perlu diketahui supaya kesan yang baik dari berbekam dapat dinikmati.

Ketika entri ini ditulis waktu bekam paling mujarab telah tiba!!! Jangan terlepas waktu tersebut kerana dalam setahun hanya ada tempoh tertentu sahaja yang paling mujarab untuk berbekam. Memang tidak salah atau tidak bahaya berbekam pada bila-bila masa tetapi Noehas ingin membincangkan waktu bekam yang terbaik dan paling mujarab. Waktu bekam yang terbaik ini Noehas rumuskan dari beberapa kitab muktabar dari pelbagai bahasa. Sesiapa yang berminat nak rujuk sendiri kitab-kitab tersebut boleh lah hubungi Noehas sendiri melalui facebook, email atau telefon. Kitab-kitab tersebut dalam bahasa Melayu, Arab dan Urdu / Hindustan.

Pengalaman Noehas di dalam rawatan bekam sejak 20 tahun telah membuktikan waktu bekam paling mujarab yang Noehas nak terangkan dalam entri ini amat berkesan dan bagus dalam merawat pelbagai penyakit. Berbekam terbahagi kepada dua jenis iaitu bekam angin sahaja dan bekam angin kemudian darah. Jenis kedua ini adalah sunnah dan amat digalakkan. Jenis yang pertama punn bagus bagi mereka yang mengadu sengal-sengal badan. Bekam darah pula terbahagi kepada dua jenis iaitu berbekam sebagai penawar sakit atau gangguan yang sedang dialami dan keduanya ialah berbekam sebagai penawar sakit dan pendinding dari segala penyakit serta gangguan.

Berbekam untuk penawar  boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tarikh, hari apa sahaja dan mana-mana tempat yang sakit. Tetapi berbekam untuk penawar + pendinding ianya diamalkan pada waktu bekam paling mujarab yang Noehas hendak tekankan dalam entri ini. Sesiapa yang inginkan penawar dari segala penyakit dan pendiding dari serangan penyakit sila berbekam 1 hingga 6 kali dalam setahun. Jangan terlalu hampir tempoh antara satu dengan yang lain tetapi dijarakkan 2 minggu bagi setiap sessi berbekam. Waktu bekam yang paling mujarab ialah sebelum musim panas terik hingga masa awal-awal musim panas iaitu antara akhir bulan 3 hingga awal bulan 6 pada setiap tahun. Antara bulan 3 hingga 6, bulan 5 dan 6 adalah yang paling bagus untuk berbekam.

Itu dari kiraan bulan, perlu guna kiraan matahari iaitu bulan Masihi. Dari sudut kiraan tarikh pula, untuk dapat waktu bekam paling mujarab perlu dilihat mengikut kiraan peredaran bulan iaitu menggunakan kalendar Hijrah. Tarikh yang dicadangkan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith ialah antara 17 hingga 21 haribulan mengikut kalendar bulan Islam atau kalendar Hijrah. Mengikut pendapat para pengkaji, tarikh tersebut boleh dilanjutkan hingga 27 haribulan kalendar Islam. Dalam tempoh tarikh-tarikh tersebut, sebaik-baiknya ialah pada tarikh ganjil iaitu 17 atau 19, atau 21 atau 23 atau 25 atau 27 haribulan.

Masa atau jam yang terbaik untuk waktu bekam paling mujarab ialah antara jam 8 hingga 10 pagi, boleh juga dilajakkan hingga masuk waktu Zohor. Hadith Nabi SAW juga membenarkan berbekam pada mana-mana hari dalam seminggu kecuali hari Rabu ditegah dan Jumaat dimakruhkan. Diriwayatkan dalam hadith bahawa hari Rabu ialah hari turunnya penyakit dan musibah dan hari Jumaat pula dimakruhkan supaya tidak mengganggu ibadat di hari Jumaat. Hari yang paling-paling baik untuk berbekam ialah ialah hari Selasa kemudian Isnin dan Khamis, akhir sekali hari hari Sabtu dan Ahad.

Mengikut keterangan di atas, untuk tahun 2013 ini waktu bekam paling mujarab ialah pada tarikh 27/5 (17 Rejab), 29/5 (19 Rejab) dan 31/5 (21 Rejab). Tetapi oleh kerana 29/5 adalah hari Rabu dan 31/5 adalah hari Jumaat maka waktu bekam paling mujarab dalam bulan Mei 2013 ini hanya jatuh pada 27 haribulan iaitu hari Isnin. Untuk bulan Jun 2013 pula waktu yang paling sesuai dan terbaik untuk berebakm ialah pada tarikh 2/6 (23 Rejab), 4/6 (25 Rejab), 6/6 (27 Rejab), 26/6 (17 Sya’ban), 28/6 (19 Sya’ban) dan 30/6 (21 Sya’ban). Tetapi pada 26/6 jatuh pada hari Rabu dan 28/6 jatuh pada hari Jumaat yang tidak digalakkan untuk berbekam pada dua hari tersebut.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY